OUH NO !!

Friday, September 2, 2011

Jiwa pun bercelaru hanya kerana dia . . .?

Agak takut apabila diceritakan tentang mati dan alam selepas mati kepada kita kecuali sesetengah orang yang kurang didikan agama. Raya Aidilfitri yg ditunggu setiap tahun menyeronokkan apabila ditunggu dan disambut setiap tahun. Lazimnya apabila tibannya perayaan nasib malang berlaku kepada sesetengah pihak. Seperti Faiz, Faiz mengalami satu kemalangan sehari sebelum raya. Faiz mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada  Yang Maha Esa kerana tiada yang memejamkan mata untuk selamanya lebih-lebih lagi Faiz tidak mengalami cedera yang parah. Tetapi seorang dari rakan Faiz mengalami cedera satu badan. Semua ini berlaku apabila jiwa Faiz bercelaru kerana 'dia'.



Setahun rasa dibuai cinta dan akhirnya hampir memakan diri. Cerita bermula apabila Faiz dan 'dia' membincangkan tentang rakan beliau. 'dia' seorang yg sanggup berkorban demi kawan walaupun masa depannya tidak cerah kerana hanya seorang kawan. Apabila perkara ini berlaku Faiz bercadang supaya tidak melnjutkan hbungan Faiz dan 'dia' dengan lebih rapat kerana ingin menjaga perasaan semua pihak demi kebaikan 'dia' jiwa Faiz bercelaru apabila 'dia' tidak membalas mesej dan tidak menjawab call dari Faiz. Mungki itulah punca mutu pemanduan Faiz menurun. Kini Faiz akan mengubah cara hidup Faiz dan akan cuba membantu mnyelasikan masalah yg dihadapi oleh 'dia'.




Thursday, July 28, 2011

Botol Biru Temanku Kesekolah



Botol biru hasil daripada kemenagan Faiz memasuki permainan Treasure Hunt St. John Ambulance tempoah hari Faiz bawa kesekolah setiap hari kecuali terlupa. Hahaha !!!. Botol bentuk slim memudahkan Faiz untuk memegang botol kemana saja lebih-lebih lagi apabila ada seminar. Tak leh blah doeh Faiz buat cerita pasal botol . Design dia slim and ada logo wifi pada penutup botol itu. Botol tu maybe Faiz takkan guna sampai bile-bile sebab botol mana boleh guna sampai mati woo !! Tak elok laa, kuman berkumpul maa !

Itu saja cerita yang ingin dikongsi dan nasihat yang ingin diberi. Faiz ingin memohon maaf kerana selama nie Faiz tak update blog kerana ada sedikit masalah teknikal dengan blog ini. So, ini sajalah untuk update kali nie. Faiz akan update lebih lagi info-info pada waktu akan datang.. SEE YAA !!

Sunday, April 10, 2011

10 Tanda-Tanda Besar Kiamat

Lepas Faiz update blog tentang kiamat hari tu Faiz mendapati ramai yang melawat blog Faiz untuk mengetahui tentang info/cerita tersebut. Kini Faiz ada chan laa nak mencilok dari segi tu. Updat kali ini Faiz memberi sedikit lagi info ringkas tentang 10 tanda-tanda besar kiamat.

  1. Asap - asap yang dimaksudkan berkemungkinan asap yang keluar dan mengakibatkan penyakit dan akan mematikan orang kafir.
  2. Dajjal - yang akan membawa fitnah besar yang akan menjejaskan keimanan menyebabkan ramai yang yang akan terpedaya dengan seruannya. Dikatakkan dajjal mempunyai satu mata kerana mata sebelahnya buta dan ada yang mengatakkan bahawa sebelah mata dajjal seperti batu zamrud dan sebelahnya lagi seperti buah kurma yang kering dan kecut.
  3. Dabbah - merupakkan binatang besar yang keluar dari perut bumi berhampiran bukit Shafa di Mekah dan akan berkata bahawa tidak beriman lagi kepada Allah s.w.t.
  4. Matahari terbit dari sebelah barat - ustazah Faiz berpendapat pada saat itu Allah s.w.t tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat dari hambanya yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa a.s. - Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan akan mematahkan salib yang dibuat orang-orang kristian dan membunuh dajjal.
  6. Keluarnya Ya'juj dan Ma'juj - Apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat oleh Zul Qarnain iaitu dinding yang dibuat dari besi yang dicampur dengan tembaga. Mereka akan merosakkan permukaan bumi ini.
  7. Gempa bumi di Timur
  8. Gempa bumi di Barat
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab
  10. Api yang akan keluar dari Yaman
Semasa di Facebook Faiz chating dengan seorang budak terengganu nie. Nama dia Hafiz 32 tahun(bukan nama dan umur sebenar malah lagi tua)dia merasakan bahawa tanda-tanda ini dah keluar sebenarnya dan mengatakkan bahawa dajjal itu adalah israel. Yajuj majuj bangsa yahudi. Asap,gempa,semua dah ada cuma manusia sahaja buat-buat tak faham. Itu pendapat dia lah. Faiz tak berani memberi tahu info yang salah jika salah dosa nya amat besar.

*Segala info diatas dirujuk melalui pertanyaan di laman sosial Facebook dan sedikit bacaan dari Internet. Sebarang masalah atau kesilapan harap dimaafkan. Faiz berharap supaya dapat memberi sebarang komen tentang kesalahan atau ingin berkongsi sesuatu tentang topik ini.* Sekian ~