OUH NO !!

Sunday, April 10, 2011

10 Tanda-Tanda Besar Kiamat

Lepas Faiz update blog tentang kiamat hari tu Faiz mendapati ramai yang melawat blog Faiz untuk mengetahui tentang info/cerita tersebut. Kini Faiz ada chan laa nak mencilok dari segi tu. Updat kali ini Faiz memberi sedikit lagi info ringkas tentang 10 tanda-tanda besar kiamat.

  1. Asap - asap yang dimaksudkan berkemungkinan asap yang keluar dan mengakibatkan penyakit dan akan mematikan orang kafir.
  2. Dajjal - yang akan membawa fitnah besar yang akan menjejaskan keimanan menyebabkan ramai yang yang akan terpedaya dengan seruannya. Dikatakkan dajjal mempunyai satu mata kerana mata sebelahnya buta dan ada yang mengatakkan bahawa sebelah mata dajjal seperti batu zamrud dan sebelahnya lagi seperti buah kurma yang kering dan kecut.
  3. Dabbah - merupakkan binatang besar yang keluar dari perut bumi berhampiran bukit Shafa di Mekah dan akan berkata bahawa tidak beriman lagi kepada Allah s.w.t.
  4. Matahari terbit dari sebelah barat - ustazah Faiz berpendapat pada saat itu Allah s.w.t tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat dari hambanya yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa a.s. - Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan akan mematahkan salib yang dibuat orang-orang kristian dan membunuh dajjal.
  6. Keluarnya Ya'juj dan Ma'juj - Apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat oleh Zul Qarnain iaitu dinding yang dibuat dari besi yang dicampur dengan tembaga. Mereka akan merosakkan permukaan bumi ini.
  7. Gempa bumi di Timur
  8. Gempa bumi di Barat
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab
  10. Api yang akan keluar dari Yaman
Semasa di Facebook Faiz chating dengan seorang budak terengganu nie. Nama dia Hafiz 32 tahun(bukan nama dan umur sebenar malah lagi tua)dia merasakan bahawa tanda-tanda ini dah keluar sebenarnya dan mengatakkan bahawa dajjal itu adalah israel. Yajuj majuj bangsa yahudi. Asap,gempa,semua dah ada cuma manusia sahaja buat-buat tak faham. Itu pendapat dia lah. Faiz tak berani memberi tahu info yang salah jika salah dosa nya amat besar.

*Segala info diatas dirujuk melalui pertanyaan di laman sosial Facebook dan sedikit bacaan dari Internet. Sebarang masalah atau kesilapan harap dimaafkan. Faiz berharap supaya dapat memberi sebarang komen tentang kesalahan atau ingin berkongsi sesuatu tentang topik ini.* Sekian ~

Saturday, April 9, 2011

Diorang lah insan yang paling disayangi sebenarnya ..

Selepas start motor macam biasalah pagi-pagi Faiz pergi sekolah. Masa dalam perjalanan menuju kegudang ilmu Faiz terserempak dengan orang kampung Faiz sendiri. Umur dia baru 10 tahun. Kebetulan dia pon nak pergi sekolah. Dengan wajah ceria didalam kereta dia pon melambai-lambai kat Faiz. Lepas tu Faiz pon lambai lah kat dia balik dengan riang. Tak sangka an ?? Orang yang bernama Hazik berumur 10 tahun yang menghidapi penyakit down sindrome tu masih boleh ingat Faiz walaupun dah lama tak jumpa. Sepanjang perjalanan ke sekolah Faiz teringatkan peristiwa lalu.

Dulu Faiz rapat jugak dengan dia. Selalu layan dia maen game. Abang dia dengan Faiz kamcing sangat. Abang dia ada PS2 that's why selalu layan dia main game. Dah lama tu orang selalu ejek Faiz kawan dengan budak berpenyakit. Fuck arh !! memang silap besar lah kalau cakap macam tu. Sebab kita tak rasa apa yang dia rasa.

Lepas kejadian tu, Faiz kurang berkawan dengan dia. Dia pun dah lama tak nampak. Kadang-kadang tu rasa menyesal pun ada. Ye lah an. Orang macam tu kan calon syurga. So rasa serba salah tu memang kow2 la. Sebelum tidur pun Faiz boleh terfikir pasal dia. Tapi dah ditakdirkan pada masa itu terserempak. Bila tengok wajah dia macam dah tak ada apa-apa dah.

Kepada sesiapa lah an yang pernah ejek orang-orang macam nie. Memang kesilapan besar la. Sia-sia laa kalau mengejek calon-calon syurga macam diorang.

Sunday, April 3, 2011

Agaknya dunia kita semakin tak selamat

Bila terdengar berita tentang gempa bumi Faiz jadi seram sejuk memikirkan hari kiamat. Di alam barzakh kita pulak sorang-sorang. Siapa lagi yang nak tolong meneman kan kita selain amalan yang kita lakukan didunia. Bila difikirkan balik cukup ke amalan ?? 

Ingat tak kejadian yang melanda Jepun tempoh hari ?/ Pada malam Faiz tebgok kejadian tu melalui Buletin  Utama kat TV3 pun daa rasa seram sejuk. Ditambah lagi dengan kejadian anatara Libya dan Amerika Syarikat (U.S.A). Pakcik Faiz cakap kalau negara Arab kucar-kacir nanti akan lairnya Imam Mahdi apabila lahirnya Imam Mahdi nanti akan turunnya Nabi Isa. Bukankah itu antara 10 tanda besar kiamat. Usatazah Faiz ada cakap kalau orang yang beriman mereka tak kan menempuh kiamat. Nanti ada angin lalu sepui-sepui dan mereka yang beriman akan dimatikan so mereka tidak akan menmpuh kiamat.

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. Dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang te
ntang hari kiamat”.


 Lalu Nabi saw. bersabda:
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – Hadis Riwayat Muslim

Friday, April 1, 2011

Transformers lagi ...


Faiz boleh jadi gila bila memikirkannya...