OUH NO !!

Thursday, February 24, 2011

Cerita Hari Khamis 24/02/2011 Hari yang penting !!!

Faiz tidur nyenyak lepastu ada terdengar bunyi ayam so Faiz pun bangun la ambik handphone and mati kan ayam yang menjadi penyebab Faiz terjaga dari tidur. "siot punya ayam !!Ingat time tu nak datang sekolah awal sikit ada homework nak siapkan kat sekolah. Padan muka siapa suruh tak nak siap kan kat rumah yang Faiz tau mengadap Facebook jer. hahaha. Time mandi tu rasa sejuk semacam jer tak tau kenapa dan apa punca nyer. Agak nyer nak hujan kot. Jangan laa hujan dekat sekolah nanti ada banyak amanah untuk dilakukan tiba-tiba hujan pada mulanya tak lah lebat sangat ingat dah sejuk dah hati nie. Tiba-tiba makin lama makin lebta pulak. Ah Sudah !!! Jangan laa hujan. Lepas tu call Irfan pulak kot laa dia nak meredah hujan demi menuntut ilmu yang berada disekolah itu. Irfan pulak nak tunggu hujan reda sikit baru nak gerak. Faiz ingat nak pergi naik kereta Abang Atan tapi kereta pulak tak ada dia pergi hantar bengkel nak letak turbo. Haish !! ngada2 tol arh ! mentang padi dah potong dapat duit dah kaya dah beli handphine baru. Sony Ericsson Vivas lagi tu. Pergh belagak. Faiz punya lah tension time tu tak pergi lagi ke sekolah. Tunggu punya tunggu hujan tak reda lagi. Lebat sangat. Lepas jer pukul lapan pagi Faiz dapat call dari Irfan. dia daa give nak tunggu hujan reda dah tak nak pergi sekolah dah. Faiz pun dah give up so Faiz tanya pendapat mama Faiz. Mama cakap nak buat macam mana dah bende dah jadi. Lepas jer Faiz tukar baju Faiz terfikirkan insan-insan yang berada kat sekolah tu. Macam mana dengan Idayu ?? hari tu time kat tusyen Dayu suruh amik kan kertas-kertas yang cikgu bagi sebab dia tak datang. Faiz dah plan nak bagi kat belakang makmal science kertas tu. Mesti lama dia tunggu nanti. Apa laa yang dia fikirkan pasal Faiz nanti tah2 dia marah sebab tunggu lama sangat.

Macam mana pulak dengan Aina Nabiha. Seorang gadis yang gelabah tapi comel, bijak dan pandai melukis walaupun kadang-kadang lukisan nyer hancur yang duduk selang di barisan yang kedua disebelah kanan Faiz. Faiz ada pinjam buku nota geografi dia sebab Isnin minggu lepas Faiz tak datang sebab demam panas. So Faiz pinjam laa buku dia untuk siap kan nota. Bila jadual dah berubah Faiz lupa jer nak bawak buku dia. sampai hari Khamis nie. Dah laa Faiz tak datang pastu buku Aina pulak ada pada Faiz. Mesti Aina marah kat Faiz sebab tak bawak buku dia and disebabkan Faiz lah ada kerja sekolah geografi yang dia tidak dapat siapkan. Kalau cikgu mintak hantar buku macam mana pulak ?? habes laa Aina kene marah dengan cikgu kalau Aina cakap Faiz pinjam buku tu tap Faiz tak datang mesti cikgu cakap jangan bagi Faiz pinjam apa-apa lagi kat Faiz. Faiz tak nak orang anggap Faiz macam tu. Takut nyer

Kerja Kursus KHB pulak macam mana ?? argghhh !!! dah lah hari nie masuk bengkel siapkan projek kayu Faiz pulak tak datang sekolah. Tah2 orang lain dah siap tinggal Faiz jer yang belum siap. Kerja tu dah laa penting masuk PMR pulak tu. Terpaksalah Faiz duduk rumah jer. Tapi Faiz ada laa bekajar Mathematics sikit. Sekurang-kurangnyer ada yang masuk dalam kepala otak nie. Faiz akan cuba memantapkan prestasi dalam pelajaran mathematics nie. Lepas belajar Faiz layan Facebook kejap tak ada pon yang menarik. Lepas jer solat Zohor Faiz cadang nak call Aina tanya pasal sekolah tapi Dayu yang mesej Faiz dulu. Faiz layan lah Faiz ceritakan hal yang sebenarnya tanpa memberikan seribu satu alasan. Dayu pun memahami Faiz. Terlupa seketika tentang Aina. Cadang nak call Aina ingat kan dia busy kot banyak kerja sekolah. Tapi call jer lah. Faiz dapat dua berita baik dan buruk dalam call tu. Berita baiknya ada ramai yang tak datang dan Aina tak kene marah pon dengan cikgu geografi. Cikgu pun tak mintak buku nota dari kelas and tak ada homework untuk hari Khamis. YEAY2 !!. Yang sedihnya Kerja Kursus tu. Macam yang Faiz fikirkan diorang dah mula buat projek kayu tu. uuuuu ~ :'(. Sedihnya. Mesti banyak kerja Faiz kene buat nanti. Tapi tak pe. Faiz tak kan mensia-siakan masa. Nanti Faiz plan nak datang rumah Ikmal member baik sekelas Faiz nak tanya pasal KHB tu. And thenpergi rumah Talhah selaku member sama-sama sengal berlaja matheAatics. Faiz akan siapkan jugak ! Faiz tak kira target Faiz hidup dalam tahun 2011 nie adalah untuk dapat 8A dalam PMR untuk mengharumkan nama keluarga nama kelas dan segala nama yang sewaktu dengan nya. 8A Faiz 8A.

No comments:

Post a Comment