OUH NO !!

Saturday, March 19, 2011

Adakah aku telah jatuh cinta pada seorang gadis nie ???

Bila difikir-fikirkan balik Faiz nie sebenarnya ada ke jodoh yang akan Faiz jumpa ?? Jeng3 !! Buat masa nie Faiz masih lagi single (ceyh ! poyo lebih) dan tak ada siapa yang menjadi teman kekasih Faiz. Kadang-kadang Faiz cuma buat derk jer kalau member-member Faiz story pasal awek-awek nie semua. Tapi dalam hati nie sunyi. Pernah jugak member Faiz cakap kat Faiz " apa nie Paiz.. Asyik menyinggel(single)jer ?? bila lagi haa ??. Bila diorang cakap macam tu rasa macam Faiz nie asing jer dalam kalangan member-member Faiz. Maklum lah diorang nie jenis lepas couple jer clash pastu couple balik pastu clash. Senang jer nak dapat. Tapi Faiz tak Faiz bukan macam tu. Faiz ada wawasan (cis ! kau poyo lagi !). Sebenarnya Faiz bukan nak memperburukkan diorang pun. Dah setahun Faiz menyinggel dah memang tak ada siapa yang nak layan orang macam Faiz dah. Bukan sebab nak ayat awek yang melawat blog Faiz, Faiz tulis serbegini rupa. Faiz sekadar ingin berkongsi sahaja apa yang Faiz lalui dan tidak lebih daripada itu. Faiz ada jugak suka pada seseorang tapi Faiz sekadar menyembunyikan sahaja kerana khuatir akan diejek oleh rakan-rakan. Hahaha tu pun Faiz nak cuak. Faiz percaya ada antara yang melawati blog Faiz nie berasa sebegitu rupa. Hehe jangan lah nak berahsia. Nak tegur tapi malu pun ada kan ?? Sekadar ushar(tengok) dari jauh pun tak ada guna nya jugak.

Hehe sebenarnya dan sejujurnya bukan itu yang nak Faiz storykan kepada sesiapa yang melawat blog Faiz. Apa yang nak distorykan oleh Faiz kepada pelawat blog ini adalah. Jeng3 !! Hasrat memang malu untuk menceritakan, tapi menulis blog adalah salah satu hobi Faiz. Tiba-tiba otak nie kosong pulak untuk memberitahu tentang info semasa dan kisah yang Faiz tidak dapat lupakan kerana apabila melihat wajah seorang gadis yang bernama "fatimah" (bukan nama sebenar) hati nie tiba-tiba cair semacam bila Faiz makin rapat dengan "fatimah" tu. Bak kata orang tua makan tak kenyang. Tidur tal lena. Mandi tak basah. Semua tu Faiz kurang setuju kecuali satu jer. Bab makan tu. Agak nyer betul laa makan tak kenyang. Faiz jadi macam tu laa makan nasi banyak mana pun tak kenyang. Tapi kalau dapat roti blueberry dengan air kenyang pulak Sehari Faiz tidak dapat berbual dengan Fatimah memang tak sah. Ada jer topik-topik untuk degelak ketawakan dengan "fatimah". Tapi Faiz tidak akan cuba nak "masuk line" dengan dia. Faiz kan ada wawasan. Lagi pun kalau Faiz cuba masuk line dia pun bukan Faiz boleh dapat. Siapalah diri Faiz nie berbading dengan jejaka idaman "fatimah" itu sendiri.

Faiz nie bukanlah seorang yang kuat cemburu atau cemburu buta. Sehari kalau tidak dapat tengok wajah 'fatimah' pun Faiz dah rasa malas nak datang sekolah. Tapi Faiz kan ada wawasan mesti kena datang sekolah jugak. Dah cukup !! Faiz tidak akan menceritakan selanjutnya kerana jika Faiz menceritakan dengan lebih panjang lebar berkemungkinan ciri-ciri "fatimah" akan diketahui khalayak ramai. Kalau macam tu kantoi la. Hahahaha !!

Seseorang pernah cakap kat Faiz. Kalau nak ngorat sape-sape pun jangan malu jangan segan. Tegur jer. Takkan ada apa-apa terjadi dan berkemungkinan besar orang yang hendak kita tegur tu pun nak kita bertegur sapa dengan dia. Perasaan tak ??? Takkan tak perasan kot. Tak percaya cubalah. Banyak tips yang sengal-sengal Faiz baca dan Faiz terima terutamanya dari abang Faiz sendiri. Dia lah antara yang paling sengal dalam family. Abang Faiz cakap kalau nak mintak nombor telefon seorang gadis/lelaki mintak lah dengan alasan yang berkenaan dengan isu tentang diri kita sekarang. contoh nya :-
"Boleh saya mintak nombor telefon tak ?? bole saya tanya pasal subject mathematics nie saya kuarang faham laa. Boleh awak tolong saya yer ??"

Sengal an ?? tapi bunyi macam boleh guna. Faiz tak pernah try pun mana-mana tips sebab Faiz malu. Maklumlah Faiz kan ada wawasan. Benda nie semua kalau buang rasa malu tu boleh jer dapat kot. InsyaAllah. Faiz sekadar berkongsi sahaja. Tapi apa-apa hal pun, kalau dapat laa ayat siapa-siapa pun kata-kata ibu bapa tidak boleh dilawan. Pelajaran tetap juga diutamakan bukan couple yang dikejar. Kalau nak sekali bercouple jangan sampai terbuang masa,buang duit untuk kekasih kita sahaja. Yang paling penting sekali jangan sampai terjadinya "MAKSIAT" kerana itulah kita wajib kita menunaikan solat 5 waktu. Kalau boleh jangan lah dikjar-kejar kan benda serbegini terutamanya hawa nafsu didunia ini. Cinta yang agung adalah cinta kita kepada Yang Maha Esa.

No comments:

Post a Comment