OUH NO !!

Thursday, February 24, 2011

Cerita Hari Khamis 24/02/2011 Hari yang penting !!!

Faiz tidur nyenyak lepastu ada terdengar bunyi ayam so Faiz pun bangun la ambik handphone and mati kan ayam yang menjadi penyebab Faiz terjaga dari tidur. "siot punya ayam !!Ingat time tu nak datang sekolah awal sikit ada homework nak siapkan kat sekolah. Padan muka siapa suruh tak nak siap kan kat rumah yang Faiz tau mengadap Facebook jer. hahaha. Time mandi tu rasa sejuk semacam jer tak tau kenapa dan apa punca nyer. Agak nyer nak hujan kot. Jangan laa hujan dekat sekolah nanti ada banyak amanah untuk dilakukan tiba-tiba hujan pada mulanya tak lah lebat sangat ingat dah sejuk dah hati nie. Tiba-tiba makin lama makin lebta pulak. Ah Sudah !!! Jangan laa hujan. Lepas tu call Irfan pulak kot laa dia nak meredah hujan demi menuntut ilmu yang berada disekolah itu. Irfan pulak nak tunggu hujan reda sikit baru nak gerak. Faiz ingat nak pergi naik kereta Abang Atan tapi kereta pulak tak ada dia pergi hantar bengkel nak letak turbo. Haish !! ngada2 tol arh ! mentang padi dah potong dapat duit dah kaya dah beli handphine baru. Sony Ericsson Vivas lagi tu. Pergh belagak. Faiz punya lah tension time tu tak pergi lagi ke sekolah. Tunggu punya tunggu hujan tak reda lagi. Lebat sangat. Lepas jer pukul lapan pagi Faiz dapat call dari Irfan. dia daa give nak tunggu hujan reda dah tak nak pergi sekolah dah. Faiz pun dah give up so Faiz tanya pendapat mama Faiz. Mama cakap nak buat macam mana dah bende dah jadi. Lepas jer Faiz tukar baju Faiz terfikirkan insan-insan yang berada kat sekolah tu. Macam mana dengan Idayu ?? hari tu time kat tusyen Dayu suruh amik kan kertas-kertas yang cikgu bagi sebab dia tak datang. Faiz dah plan nak bagi kat belakang makmal science kertas tu. Mesti lama dia tunggu nanti. Apa laa yang dia fikirkan pasal Faiz nanti tah2 dia marah sebab tunggu lama sangat.

Macam mana pulak dengan Aina Nabiha. Seorang gadis yang gelabah tapi comel, bijak dan pandai melukis walaupun kadang-kadang lukisan nyer hancur yang duduk selang di barisan yang kedua disebelah kanan Faiz. Faiz ada pinjam buku nota geografi dia sebab Isnin minggu lepas Faiz tak datang sebab demam panas. So Faiz pinjam laa buku dia untuk siap kan nota. Bila jadual dah berubah Faiz lupa jer nak bawak buku dia. sampai hari Khamis nie. Dah laa Faiz tak datang pastu buku Aina pulak ada pada Faiz. Mesti Aina marah kat Faiz sebab tak bawak buku dia and disebabkan Faiz lah ada kerja sekolah geografi yang dia tidak dapat siapkan. Kalau cikgu mintak hantar buku macam mana pulak ?? habes laa Aina kene marah dengan cikgu kalau Aina cakap Faiz pinjam buku tu tap Faiz tak datang mesti cikgu cakap jangan bagi Faiz pinjam apa-apa lagi kat Faiz. Faiz tak nak orang anggap Faiz macam tu. Takut nyer

Kerja Kursus KHB pulak macam mana ?? argghhh !!! dah lah hari nie masuk bengkel siapkan projek kayu Faiz pulak tak datang sekolah. Tah2 orang lain dah siap tinggal Faiz jer yang belum siap. Kerja tu dah laa penting masuk PMR pulak tu. Terpaksalah Faiz duduk rumah jer. Tapi Faiz ada laa bekajar Mathematics sikit. Sekurang-kurangnyer ada yang masuk dalam kepala otak nie. Faiz akan cuba memantapkan prestasi dalam pelajaran mathematics nie. Lepas belajar Faiz layan Facebook kejap tak ada pon yang menarik. Lepas jer solat Zohor Faiz cadang nak call Aina tanya pasal sekolah tapi Dayu yang mesej Faiz dulu. Faiz layan lah Faiz ceritakan hal yang sebenarnya tanpa memberikan seribu satu alasan. Dayu pun memahami Faiz. Terlupa seketika tentang Aina. Cadang nak call Aina ingat kan dia busy kot banyak kerja sekolah. Tapi call jer lah. Faiz dapat dua berita baik dan buruk dalam call tu. Berita baiknya ada ramai yang tak datang dan Aina tak kene marah pon dengan cikgu geografi. Cikgu pun tak mintak buku nota dari kelas and tak ada homework untuk hari Khamis. YEAY2 !!. Yang sedihnya Kerja Kursus tu. Macam yang Faiz fikirkan diorang dah mula buat projek kayu tu. uuuuu ~ :'(. Sedihnya. Mesti banyak kerja Faiz kene buat nanti. Tapi tak pe. Faiz tak kan mensia-siakan masa. Nanti Faiz plan nak datang rumah Ikmal member baik sekelas Faiz nak tanya pasal KHB tu. And thenpergi rumah Talhah selaku member sama-sama sengal berlaja matheAatics. Faiz akan siapkan jugak ! Faiz tak kira target Faiz hidup dalam tahun 2011 nie adalah untuk dapat 8A dalam PMR untuk mengharumkan nama keluarga nama kelas dan segala nama yang sewaktu dengan nya. 8A Faiz 8A.

Sunday, February 6, 2011

Transformers: Dark Of The Moon a.k.a Transformers 3 akan keluar pada tahun PMR ???

Faiz terkejut apabila mendapat tahu berkenaan dengan Transformers 3 akan dikeluarkan pada tahun 2011 iaitu 1.7.11. Pada tahun ini Faiz baru sahaja berumur 14 tahun dan pada 2011 akan datang Faiz akan menghadapi PMR. Ini mungkin akan menyusahkan Faiz pada tahun awal PMR kerana filem Transformers ini adalah salah satu filem kegemaran Faiz. Ramai orang cakap kat Faiz yang "Faiz nie macam budak-budak lah minat Transformers". Sebenarnya diorang tuu sembang jer lebih padahal tengok jugak filem 2. Faiz minat filem nie disebabkan oleh animationnya yang lain daripada yang lain. Penah tak korang terfikir bahawa Michael Bay pengarah Transformers tu buat robot yang seolah-olah betul-betul wujud dialam nyata bunyinya letupannya geseran besi apabila robot tuu transform. ???semuanya seolah-olah betul. Kalau kita pergi ke website Transfomers sekali pon, websitesnya lain daripada yang lain x percaya tengok lah. Malah "HASBRO" pun sebagai pengedar mainan Transformers yang utama pun menyediakan websitenya sendiri. Kalau kita membeli mainan nya sahaja mungkin "Mudflap" salah satu watak dalam Transformer yang ke-2 tu pun sudah mencecah puluhan ringgit

First time tengok Transformers pertama tu memang dah terpukau. Rasa macam nak jadi ahli Decepticon jer yang starscream tu. Dalam siri pertama ia menceritakan tentang asal usul Transformers yang sudah bertahun-tahun lamanya berada dibumi dan terdapat seorang ahli autobot yang terkorban dalam melindungi AllSpark dan Samuel Witwiky.

Dalam siri yang kedua pula iaitu Transformers: Revenge Of The Fallen ia mengisahkan tentang 7 Prime yang berada dibumi suatu ketika melindungi The Matrix sehingga lah salah satunya bernama Fallen belot dan menjadi ahli Decepticon untuk memiliki The Matrix untuk menghidupkan Sun Haverster  untuk memusnahkan matahari dan bumi. Dalam siri ini kita dapat tengok Optimus terkorban semasa melindungi Sam tapi dihidupkan semula dengan Matrix dan mengambil sebahagian part Jetfire untuk bertarung dengan Fallen dan Megatron sebelum memusnahkan matahari.



Macam mana pula yang ketiga ??? o'ou ~ adakah lebih banyak decepticon dan autobot dari cybertron datang kebumi untuk membalas dendam. Atau untuk memusnahkan bulan dan ada kumpulan musuh atau ahli yang lain. Nie lah yang Faiz nak sangat tengok Transformers yang ketiga nie. Jiwa Faiz tidak tenteram selepas tengok trailer movie nie. Rasa macam nak menagis pun ade. Kenapa lah x buat awal-awal tahun filem nie. Da bulan tujuh baru nk dikeluarkan. HUH?! kene sabar je lah. Kalau terlalu memikirkan PMR sampai lupa kehidupan tak boleh jugak tapi kalau asyik layan jer kehidupan sampai lupa tanggungjawab sebagai pelajar tak boleh jugak. Nampaknya Faiz kena buat jadual laa yer and maybe Faiz akan tetap kan satu masa yang tidak menggangu Faiz dalam pembelajaran untuk tengok filem nie. :'(

Transformers: Dark Of The Moon