OUH NO !!

Friday, September 2, 2011

Jiwa pun bercelaru hanya kerana dia . . .?

Agak takut apabila diceritakan tentang mati dan alam selepas mati kepada kita kecuali sesetengah orang yang kurang didikan agama. Raya Aidilfitri yg ditunggu setiap tahun menyeronokkan apabila ditunggu dan disambut setiap tahun. Lazimnya apabila tibannya perayaan nasib malang berlaku kepada sesetengah pihak. Seperti Faiz, Faiz mengalami satu kemalangan sehari sebelum raya. Faiz mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada  Yang Maha Esa kerana tiada yang memejamkan mata untuk selamanya lebih-lebih lagi Faiz tidak mengalami cedera yang parah. Tetapi seorang dari rakan Faiz mengalami cedera satu badan. Semua ini berlaku apabila jiwa Faiz bercelaru kerana 'dia'.



Setahun rasa dibuai cinta dan akhirnya hampir memakan diri. Cerita bermula apabila Faiz dan 'dia' membincangkan tentang rakan beliau. 'dia' seorang yg sanggup berkorban demi kawan walaupun masa depannya tidak cerah kerana hanya seorang kawan. Apabila perkara ini berlaku Faiz bercadang supaya tidak melnjutkan hbungan Faiz dan 'dia' dengan lebih rapat kerana ingin menjaga perasaan semua pihak demi kebaikan 'dia' jiwa Faiz bercelaru apabila 'dia' tidak membalas mesej dan tidak menjawab call dari Faiz. Mungki itulah punca mutu pemanduan Faiz menurun. Kini Faiz akan mengubah cara hidup Faiz dan akan cuba membantu mnyelasikan masalah yg dihadapi oleh 'dia'.




Thursday, July 28, 2011

Botol Biru Temanku Kesekolah



Botol biru hasil daripada kemenagan Faiz memasuki permainan Treasure Hunt St. John Ambulance tempoah hari Faiz bawa kesekolah setiap hari kecuali terlupa. Hahaha !!!. Botol bentuk slim memudahkan Faiz untuk memegang botol kemana saja lebih-lebih lagi apabila ada seminar. Tak leh blah doeh Faiz buat cerita pasal botol . Design dia slim and ada logo wifi pada penutup botol itu. Botol tu maybe Faiz takkan guna sampai bile-bile sebab botol mana boleh guna sampai mati woo !! Tak elok laa, kuman berkumpul maa !

Itu saja cerita yang ingin dikongsi dan nasihat yang ingin diberi. Faiz ingin memohon maaf kerana selama nie Faiz tak update blog kerana ada sedikit masalah teknikal dengan blog ini. So, ini sajalah untuk update kali nie. Faiz akan update lebih lagi info-info pada waktu akan datang.. SEE YAA !!

Sunday, April 10, 2011

10 Tanda-Tanda Besar Kiamat

Lepas Faiz update blog tentang kiamat hari tu Faiz mendapati ramai yang melawat blog Faiz untuk mengetahui tentang info/cerita tersebut. Kini Faiz ada chan laa nak mencilok dari segi tu. Updat kali ini Faiz memberi sedikit lagi info ringkas tentang 10 tanda-tanda besar kiamat.

  1. Asap - asap yang dimaksudkan berkemungkinan asap yang keluar dan mengakibatkan penyakit dan akan mematikan orang kafir.
  2. Dajjal - yang akan membawa fitnah besar yang akan menjejaskan keimanan menyebabkan ramai yang yang akan terpedaya dengan seruannya. Dikatakkan dajjal mempunyai satu mata kerana mata sebelahnya buta dan ada yang mengatakkan bahawa sebelah mata dajjal seperti batu zamrud dan sebelahnya lagi seperti buah kurma yang kering dan kecut.
  3. Dabbah - merupakkan binatang besar yang keluar dari perut bumi berhampiran bukit Shafa di Mekah dan akan berkata bahawa tidak beriman lagi kepada Allah s.w.t.
  4. Matahari terbit dari sebelah barat - ustazah Faiz berpendapat pada saat itu Allah s.w.t tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat dari hambanya yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa a.s. - Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan akan mematahkan salib yang dibuat orang-orang kristian dan membunuh dajjal.
  6. Keluarnya Ya'juj dan Ma'juj - Apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat oleh Zul Qarnain iaitu dinding yang dibuat dari besi yang dicampur dengan tembaga. Mereka akan merosakkan permukaan bumi ini.
  7. Gempa bumi di Timur
  8. Gempa bumi di Barat
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab
  10. Api yang akan keluar dari Yaman
Semasa di Facebook Faiz chating dengan seorang budak terengganu nie. Nama dia Hafiz 32 tahun(bukan nama dan umur sebenar malah lagi tua)dia merasakan bahawa tanda-tanda ini dah keluar sebenarnya dan mengatakkan bahawa dajjal itu adalah israel. Yajuj majuj bangsa yahudi. Asap,gempa,semua dah ada cuma manusia sahaja buat-buat tak faham. Itu pendapat dia lah. Faiz tak berani memberi tahu info yang salah jika salah dosa nya amat besar.

*Segala info diatas dirujuk melalui pertanyaan di laman sosial Facebook dan sedikit bacaan dari Internet. Sebarang masalah atau kesilapan harap dimaafkan. Faiz berharap supaya dapat memberi sebarang komen tentang kesalahan atau ingin berkongsi sesuatu tentang topik ini.* Sekian ~

Saturday, April 9, 2011

Diorang lah insan yang paling disayangi sebenarnya ..

Selepas start motor macam biasalah pagi-pagi Faiz pergi sekolah. Masa dalam perjalanan menuju kegudang ilmu Faiz terserempak dengan orang kampung Faiz sendiri. Umur dia baru 10 tahun. Kebetulan dia pon nak pergi sekolah. Dengan wajah ceria didalam kereta dia pon melambai-lambai kat Faiz. Lepas tu Faiz pon lambai lah kat dia balik dengan riang. Tak sangka an ?? Orang yang bernama Hazik berumur 10 tahun yang menghidapi penyakit down sindrome tu masih boleh ingat Faiz walaupun dah lama tak jumpa. Sepanjang perjalanan ke sekolah Faiz teringatkan peristiwa lalu.

Dulu Faiz rapat jugak dengan dia. Selalu layan dia maen game. Abang dia dengan Faiz kamcing sangat. Abang dia ada PS2 that's why selalu layan dia main game. Dah lama tu orang selalu ejek Faiz kawan dengan budak berpenyakit. Fuck arh !! memang silap besar lah kalau cakap macam tu. Sebab kita tak rasa apa yang dia rasa.

Lepas kejadian tu, Faiz kurang berkawan dengan dia. Dia pun dah lama tak nampak. Kadang-kadang tu rasa menyesal pun ada. Ye lah an. Orang macam tu kan calon syurga. So rasa serba salah tu memang kow2 la. Sebelum tidur pun Faiz boleh terfikir pasal dia. Tapi dah ditakdirkan pada masa itu terserempak. Bila tengok wajah dia macam dah tak ada apa-apa dah.

Kepada sesiapa lah an yang pernah ejek orang-orang macam nie. Memang kesilapan besar la. Sia-sia laa kalau mengejek calon-calon syurga macam diorang.

Sunday, April 3, 2011

Agaknya dunia kita semakin tak selamat

Bila terdengar berita tentang gempa bumi Faiz jadi seram sejuk memikirkan hari kiamat. Di alam barzakh kita pulak sorang-sorang. Siapa lagi yang nak tolong meneman kan kita selain amalan yang kita lakukan didunia. Bila difikirkan balik cukup ke amalan ?? 

Ingat tak kejadian yang melanda Jepun tempoh hari ?/ Pada malam Faiz tebgok kejadian tu melalui Buletin  Utama kat TV3 pun daa rasa seram sejuk. Ditambah lagi dengan kejadian anatara Libya dan Amerika Syarikat (U.S.A). Pakcik Faiz cakap kalau negara Arab kucar-kacir nanti akan lairnya Imam Mahdi apabila lahirnya Imam Mahdi nanti akan turunnya Nabi Isa. Bukankah itu antara 10 tanda besar kiamat. Usatazah Faiz ada cakap kalau orang yang beriman mereka tak kan menempuh kiamat. Nanti ada angin lalu sepui-sepui dan mereka yang beriman akan dimatikan so mereka tidak akan menmpuh kiamat.

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. Dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang te
ntang hari kiamat”.


 Lalu Nabi saw. bersabda:
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – Hadis Riwayat Muslim

Friday, April 1, 2011

Thursday, March 31, 2011

Ada garam ada kehidupan .

Ngantuk betul arh nak writing malam nie. Selalu tak da macam nie kalau lepas kenduri. Maklumlah kalau ada kenduri kat kampung memang orang tua-tua nie cari budak remaja basuh pinggan. Nak buat macam mana an ? Kena lah ikot jugak sebab "dioarng yang makan garam dulu dari kita". Mama pun cakap kalau kita datang kenduri orang nanti orang datang kat kenduri kita, kalau kita tolong kat kenduri orang nanti orang tolong kat kenduri kita. Hehe. Tak pe Faiz berpegang pada kata-kata tu. Sebab mulut mama "masin" sikit. Asyik cerita pasal garam jer. Bila nak start cerita !!
Faiz memang salute laa orang-orang tua zaman dulu. Otak diorang memang best. Percaya atau tak ? hahaha. Tengok kat peribahasa diorang dengan menyamakan sesuatu perkara dengan perkara lain. Sampai sekarang peribahasa-peribahasa ini digunakan terutamaya sewaktu Faiz menjawab kertas soalan B.M paper two. Semuanya bersangkut-paut dengan perkara disekeliling kita. Lagi-lagi "Hadis" memang mantap lah bagi Faiz kalau dengar "Hadis" nie. Memang dah tak boleh nak cakap ape. 100% betul.

Korang terfikir tak macam mana perkara nie terlintas kat orang-orang tua dulu, para-para ulamak dahulu kala. ?? memang jauh laa diorang berfikir. Itu baru jer sikit. Pernah tengok piramid ?? Pernah korang terfikir macam mana diorang bina piramid tinggi macam tu ?? hahaha. Ustazah Faiz cakap orang dulu-dulu tinggi sebab tu diorang boleh buat bangunan tinggi-tinggi. Apa-apa pun jangan makan garam banyak-banyak. Pemakanan garam yang banyak boleh mengudang pelbagai penyakit macam jantung.stroke dan yang berkaitan. Renung-renungkan dan selamat membaca !!

Saturday, March 26, 2011

Tau Tentang Jurus Wajib Silat ???

Faiz ada join Persatuan Silat Gayung Sembilan kat sekolah. Pada mula nya join silat nie sebab Faiz nak belajar jer. Orang kata kalau senang kita belajar silat, senang lah jugak nak belajar perkara-perkara lain. Faiz memang belajar semata-mata untuk diri Faiz dan family jugak. Yang penting bersilat depan pengantin. 

Tau2 jer pada suatu hari dalam latihan silat Cikgu Lutfi(guru silat) nak cari wakil sekolah untuk peringkat negeri. Cikgu memilih Faiz untuk acara jurus wajib. Pada mula nya memang tak nak tapi apa salah nyer kita mencuba kan. Dalam jurus wajib nie Faiz kena mengahafal 99 gerakan dalam 14 jurus. Persembahan dilakukan tiga orang dihadapan 3 orang juri dan disaksikan berjuta penonton ahli silat Banyak tuu. Dah laa kena hafal banyak gerakkan lepas hafal nak kene tangkas dalam masa 3 minit pulak tu. Tak boleh nak buat slow-slow. Bila dah jadi wakil sekolah untuk peringkat negeri mesti latihan banyak. Hampir setiap hari Faiz pergi kesekolah untuk berlatih. Pelajaran entah kemana. Faiz memang dah plan nak tarik diri sebab pelajaran pun Faiz kene jaga jugak.

Faiz baru hafal sampai jurus lima. Tu pun kadang-kadang gagap lagi. Macam mana nak jadi wakil sekolah ?? malu laa sekolah nanti. So Faiz tarik laa diri. Tahun depan form 4. Tahun depan Faiz nak buat betul-betul. Ini adalah video contoh bagi silat jurus wajib. Kalau ditakdirkan Faiz jadi wakil sekolah. Macam ni lah Faiz kene buat. 


Saturday, March 19, 2011

Adakah aku telah jatuh cinta pada seorang gadis nie ???

Bila difikir-fikirkan balik Faiz nie sebenarnya ada ke jodoh yang akan Faiz jumpa ?? Jeng3 !! Buat masa nie Faiz masih lagi single (ceyh ! poyo lebih) dan tak ada siapa yang menjadi teman kekasih Faiz. Kadang-kadang Faiz cuma buat derk jer kalau member-member Faiz story pasal awek-awek nie semua. Tapi dalam hati nie sunyi. Pernah jugak member Faiz cakap kat Faiz " apa nie Paiz.. Asyik menyinggel(single)jer ?? bila lagi haa ??. Bila diorang cakap macam tu rasa macam Faiz nie asing jer dalam kalangan member-member Faiz. Maklum lah diorang nie jenis lepas couple jer clash pastu couple balik pastu clash. Senang jer nak dapat. Tapi Faiz tak Faiz bukan macam tu. Faiz ada wawasan (cis ! kau poyo lagi !). Sebenarnya Faiz bukan nak memperburukkan diorang pun. Dah setahun Faiz menyinggel dah memang tak ada siapa yang nak layan orang macam Faiz dah. Bukan sebab nak ayat awek yang melawat blog Faiz, Faiz tulis serbegini rupa. Faiz sekadar ingin berkongsi sahaja apa yang Faiz lalui dan tidak lebih daripada itu. Faiz ada jugak suka pada seseorang tapi Faiz sekadar menyembunyikan sahaja kerana khuatir akan diejek oleh rakan-rakan. Hahaha tu pun Faiz nak cuak. Faiz percaya ada antara yang melawati blog Faiz nie berasa sebegitu rupa. Hehe jangan lah nak berahsia. Nak tegur tapi malu pun ada kan ?? Sekadar ushar(tengok) dari jauh pun tak ada guna nya jugak.

Hehe sebenarnya dan sejujurnya bukan itu yang nak Faiz storykan kepada sesiapa yang melawat blog Faiz. Apa yang nak distorykan oleh Faiz kepada pelawat blog ini adalah. Jeng3 !! Hasrat memang malu untuk menceritakan, tapi menulis blog adalah salah satu hobi Faiz. Tiba-tiba otak nie kosong pulak untuk memberitahu tentang info semasa dan kisah yang Faiz tidak dapat lupakan kerana apabila melihat wajah seorang gadis yang bernama "fatimah" (bukan nama sebenar) hati nie tiba-tiba cair semacam bila Faiz makin rapat dengan "fatimah" tu. Bak kata orang tua makan tak kenyang. Tidur tal lena. Mandi tak basah. Semua tu Faiz kurang setuju kecuali satu jer. Bab makan tu. Agak nyer betul laa makan tak kenyang. Faiz jadi macam tu laa makan nasi banyak mana pun tak kenyang. Tapi kalau dapat roti blueberry dengan air kenyang pulak Sehari Faiz tidak dapat berbual dengan Fatimah memang tak sah. Ada jer topik-topik untuk degelak ketawakan dengan "fatimah". Tapi Faiz tidak akan cuba nak "masuk line" dengan dia. Faiz kan ada wawasan. Lagi pun kalau Faiz cuba masuk line dia pun bukan Faiz boleh dapat. Siapalah diri Faiz nie berbading dengan jejaka idaman "fatimah" itu sendiri.

Faiz nie bukanlah seorang yang kuat cemburu atau cemburu buta. Sehari kalau tidak dapat tengok wajah 'fatimah' pun Faiz dah rasa malas nak datang sekolah. Tapi Faiz kan ada wawasan mesti kena datang sekolah jugak. Dah cukup !! Faiz tidak akan menceritakan selanjutnya kerana jika Faiz menceritakan dengan lebih panjang lebar berkemungkinan ciri-ciri "fatimah" akan diketahui khalayak ramai. Kalau macam tu kantoi la. Hahahaha !!

Seseorang pernah cakap kat Faiz. Kalau nak ngorat sape-sape pun jangan malu jangan segan. Tegur jer. Takkan ada apa-apa terjadi dan berkemungkinan besar orang yang hendak kita tegur tu pun nak kita bertegur sapa dengan dia. Perasaan tak ??? Takkan tak perasan kot. Tak percaya cubalah. Banyak tips yang sengal-sengal Faiz baca dan Faiz terima terutamanya dari abang Faiz sendiri. Dia lah antara yang paling sengal dalam family. Abang Faiz cakap kalau nak mintak nombor telefon seorang gadis/lelaki mintak lah dengan alasan yang berkenaan dengan isu tentang diri kita sekarang. contoh nya :-
"Boleh saya mintak nombor telefon tak ?? bole saya tanya pasal subject mathematics nie saya kuarang faham laa. Boleh awak tolong saya yer ??"

Sengal an ?? tapi bunyi macam boleh guna. Faiz tak pernah try pun mana-mana tips sebab Faiz malu. Maklumlah Faiz kan ada wawasan. Benda nie semua kalau buang rasa malu tu boleh jer dapat kot. InsyaAllah. Faiz sekadar berkongsi sahaja. Tapi apa-apa hal pun, kalau dapat laa ayat siapa-siapa pun kata-kata ibu bapa tidak boleh dilawan. Pelajaran tetap juga diutamakan bukan couple yang dikejar. Kalau nak sekali bercouple jangan sampai terbuang masa,buang duit untuk kekasih kita sahaja. Yang paling penting sekali jangan sampai terjadinya "MAKSIAT" kerana itulah kita wajib kita menunaikan solat 5 waktu. Kalau boleh jangan lah dikjar-kejar kan benda serbegini terutamanya hawa nafsu didunia ini. Cinta yang agung adalah cinta kita kepada Yang Maha Esa.

Thursday, February 24, 2011

Cerita Hari Khamis 24/02/2011 Hari yang penting !!!

Faiz tidur nyenyak lepastu ada terdengar bunyi ayam so Faiz pun bangun la ambik handphone and mati kan ayam yang menjadi penyebab Faiz terjaga dari tidur. "siot punya ayam !!Ingat time tu nak datang sekolah awal sikit ada homework nak siapkan kat sekolah. Padan muka siapa suruh tak nak siap kan kat rumah yang Faiz tau mengadap Facebook jer. hahaha. Time mandi tu rasa sejuk semacam jer tak tau kenapa dan apa punca nyer. Agak nyer nak hujan kot. Jangan laa hujan dekat sekolah nanti ada banyak amanah untuk dilakukan tiba-tiba hujan pada mulanya tak lah lebat sangat ingat dah sejuk dah hati nie. Tiba-tiba makin lama makin lebta pulak. Ah Sudah !!! Jangan laa hujan. Lepas tu call Irfan pulak kot laa dia nak meredah hujan demi menuntut ilmu yang berada disekolah itu. Irfan pulak nak tunggu hujan reda sikit baru nak gerak. Faiz ingat nak pergi naik kereta Abang Atan tapi kereta pulak tak ada dia pergi hantar bengkel nak letak turbo. Haish !! ngada2 tol arh ! mentang padi dah potong dapat duit dah kaya dah beli handphine baru. Sony Ericsson Vivas lagi tu. Pergh belagak. Faiz punya lah tension time tu tak pergi lagi ke sekolah. Tunggu punya tunggu hujan tak reda lagi. Lebat sangat. Lepas jer pukul lapan pagi Faiz dapat call dari Irfan. dia daa give nak tunggu hujan reda dah tak nak pergi sekolah dah. Faiz pun dah give up so Faiz tanya pendapat mama Faiz. Mama cakap nak buat macam mana dah bende dah jadi. Lepas jer Faiz tukar baju Faiz terfikirkan insan-insan yang berada kat sekolah tu. Macam mana dengan Idayu ?? hari tu time kat tusyen Dayu suruh amik kan kertas-kertas yang cikgu bagi sebab dia tak datang. Faiz dah plan nak bagi kat belakang makmal science kertas tu. Mesti lama dia tunggu nanti. Apa laa yang dia fikirkan pasal Faiz nanti tah2 dia marah sebab tunggu lama sangat.

Macam mana pulak dengan Aina Nabiha. Seorang gadis yang gelabah tapi comel, bijak dan pandai melukis walaupun kadang-kadang lukisan nyer hancur yang duduk selang di barisan yang kedua disebelah kanan Faiz. Faiz ada pinjam buku nota geografi dia sebab Isnin minggu lepas Faiz tak datang sebab demam panas. So Faiz pinjam laa buku dia untuk siap kan nota. Bila jadual dah berubah Faiz lupa jer nak bawak buku dia. sampai hari Khamis nie. Dah laa Faiz tak datang pastu buku Aina pulak ada pada Faiz. Mesti Aina marah kat Faiz sebab tak bawak buku dia and disebabkan Faiz lah ada kerja sekolah geografi yang dia tidak dapat siapkan. Kalau cikgu mintak hantar buku macam mana pulak ?? habes laa Aina kene marah dengan cikgu kalau Aina cakap Faiz pinjam buku tu tap Faiz tak datang mesti cikgu cakap jangan bagi Faiz pinjam apa-apa lagi kat Faiz. Faiz tak nak orang anggap Faiz macam tu. Takut nyer

Kerja Kursus KHB pulak macam mana ?? argghhh !!! dah lah hari nie masuk bengkel siapkan projek kayu Faiz pulak tak datang sekolah. Tah2 orang lain dah siap tinggal Faiz jer yang belum siap. Kerja tu dah laa penting masuk PMR pulak tu. Terpaksalah Faiz duduk rumah jer. Tapi Faiz ada laa bekajar Mathematics sikit. Sekurang-kurangnyer ada yang masuk dalam kepala otak nie. Faiz akan cuba memantapkan prestasi dalam pelajaran mathematics nie. Lepas belajar Faiz layan Facebook kejap tak ada pon yang menarik. Lepas jer solat Zohor Faiz cadang nak call Aina tanya pasal sekolah tapi Dayu yang mesej Faiz dulu. Faiz layan lah Faiz ceritakan hal yang sebenarnya tanpa memberikan seribu satu alasan. Dayu pun memahami Faiz. Terlupa seketika tentang Aina. Cadang nak call Aina ingat kan dia busy kot banyak kerja sekolah. Tapi call jer lah. Faiz dapat dua berita baik dan buruk dalam call tu. Berita baiknya ada ramai yang tak datang dan Aina tak kene marah pon dengan cikgu geografi. Cikgu pun tak mintak buku nota dari kelas and tak ada homework untuk hari Khamis. YEAY2 !!. Yang sedihnya Kerja Kursus tu. Macam yang Faiz fikirkan diorang dah mula buat projek kayu tu. uuuuu ~ :'(. Sedihnya. Mesti banyak kerja Faiz kene buat nanti. Tapi tak pe. Faiz tak kan mensia-siakan masa. Nanti Faiz plan nak datang rumah Ikmal member baik sekelas Faiz nak tanya pasal KHB tu. And thenpergi rumah Talhah selaku member sama-sama sengal berlaja matheAatics. Faiz akan siapkan jugak ! Faiz tak kira target Faiz hidup dalam tahun 2011 nie adalah untuk dapat 8A dalam PMR untuk mengharumkan nama keluarga nama kelas dan segala nama yang sewaktu dengan nya. 8A Faiz 8A.

Sunday, February 6, 2011

Transformers: Dark Of The Moon a.k.a Transformers 3 akan keluar pada tahun PMR ???

Faiz terkejut apabila mendapat tahu berkenaan dengan Transformers 3 akan dikeluarkan pada tahun 2011 iaitu 1.7.11. Pada tahun ini Faiz baru sahaja berumur 14 tahun dan pada 2011 akan datang Faiz akan menghadapi PMR. Ini mungkin akan menyusahkan Faiz pada tahun awal PMR kerana filem Transformers ini adalah salah satu filem kegemaran Faiz. Ramai orang cakap kat Faiz yang "Faiz nie macam budak-budak lah minat Transformers". Sebenarnya diorang tuu sembang jer lebih padahal tengok jugak filem 2. Faiz minat filem nie disebabkan oleh animationnya yang lain daripada yang lain. Penah tak korang terfikir bahawa Michael Bay pengarah Transformers tu buat robot yang seolah-olah betul-betul wujud dialam nyata bunyinya letupannya geseran besi apabila robot tuu transform. ???semuanya seolah-olah betul. Kalau kita pergi ke website Transfomers sekali pon, websitesnya lain daripada yang lain x percaya tengok lah. Malah "HASBRO" pun sebagai pengedar mainan Transformers yang utama pun menyediakan websitenya sendiri. Kalau kita membeli mainan nya sahaja mungkin "Mudflap" salah satu watak dalam Transformer yang ke-2 tu pun sudah mencecah puluhan ringgit

First time tengok Transformers pertama tu memang dah terpukau. Rasa macam nak jadi ahli Decepticon jer yang starscream tu. Dalam siri pertama ia menceritakan tentang asal usul Transformers yang sudah bertahun-tahun lamanya berada dibumi dan terdapat seorang ahli autobot yang terkorban dalam melindungi AllSpark dan Samuel Witwiky.

Dalam siri yang kedua pula iaitu Transformers: Revenge Of The Fallen ia mengisahkan tentang 7 Prime yang berada dibumi suatu ketika melindungi The Matrix sehingga lah salah satunya bernama Fallen belot dan menjadi ahli Decepticon untuk memiliki The Matrix untuk menghidupkan Sun Haverster  untuk memusnahkan matahari dan bumi. Dalam siri ini kita dapat tengok Optimus terkorban semasa melindungi Sam tapi dihidupkan semula dengan Matrix dan mengambil sebahagian part Jetfire untuk bertarung dengan Fallen dan Megatron sebelum memusnahkan matahari.



Macam mana pula yang ketiga ??? o'ou ~ adakah lebih banyak decepticon dan autobot dari cybertron datang kebumi untuk membalas dendam. Atau untuk memusnahkan bulan dan ada kumpulan musuh atau ahli yang lain. Nie lah yang Faiz nak sangat tengok Transformers yang ketiga nie. Jiwa Faiz tidak tenteram selepas tengok trailer movie nie. Rasa macam nak menagis pun ade. Kenapa lah x buat awal-awal tahun filem nie. Da bulan tujuh baru nk dikeluarkan. HUH?! kene sabar je lah. Kalau terlalu memikirkan PMR sampai lupa kehidupan tak boleh jugak tapi kalau asyik layan jer kehidupan sampai lupa tanggungjawab sebagai pelajar tak boleh jugak. Nampaknya Faiz kena buat jadual laa yer and maybe Faiz akan tetap kan satu masa yang tidak menggangu Faiz dalam pembelajaran untuk tengok filem nie. :'(

Transformers: Dark Of The Moon