OUH NO !!

Sunday, April 10, 2011

10 Tanda-Tanda Besar Kiamat

Lepas Faiz update blog tentang kiamat hari tu Faiz mendapati ramai yang melawat blog Faiz untuk mengetahui tentang info/cerita tersebut. Kini Faiz ada chan laa nak mencilok dari segi tu. Updat kali ini Faiz memberi sedikit lagi info ringkas tentang 10 tanda-tanda besar kiamat.

  1. Asap - asap yang dimaksudkan berkemungkinan asap yang keluar dan mengakibatkan penyakit dan akan mematikan orang kafir.
  2. Dajjal - yang akan membawa fitnah besar yang akan menjejaskan keimanan menyebabkan ramai yang yang akan terpedaya dengan seruannya. Dikatakkan dajjal mempunyai satu mata kerana mata sebelahnya buta dan ada yang mengatakkan bahawa sebelah mata dajjal seperti batu zamrud dan sebelahnya lagi seperti buah kurma yang kering dan kecut.
  3. Dabbah - merupakkan binatang besar yang keluar dari perut bumi berhampiran bukit Shafa di Mekah dan akan berkata bahawa tidak beriman lagi kepada Allah s.w.t.
  4. Matahari terbit dari sebelah barat - ustazah Faiz berpendapat pada saat itu Allah s.w.t tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat dari hambanya yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa a.s. - Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan akan mematahkan salib yang dibuat orang-orang kristian dan membunuh dajjal.
  6. Keluarnya Ya'juj dan Ma'juj - Apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat oleh Zul Qarnain iaitu dinding yang dibuat dari besi yang dicampur dengan tembaga. Mereka akan merosakkan permukaan bumi ini.
  7. Gempa bumi di Timur
  8. Gempa bumi di Barat
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab
  10. Api yang akan keluar dari Yaman
Semasa di Facebook Faiz chating dengan seorang budak terengganu nie. Nama dia Hafiz 32 tahun(bukan nama dan umur sebenar malah lagi tua)dia merasakan bahawa tanda-tanda ini dah keluar sebenarnya dan mengatakkan bahawa dajjal itu adalah israel. Yajuj majuj bangsa yahudi. Asap,gempa,semua dah ada cuma manusia sahaja buat-buat tak faham. Itu pendapat dia lah. Faiz tak berani memberi tahu info yang salah jika salah dosa nya amat besar.

*Segala info diatas dirujuk melalui pertanyaan di laman sosial Facebook dan sedikit bacaan dari Internet. Sebarang masalah atau kesilapan harap dimaafkan. Faiz berharap supaya dapat memberi sebarang komen tentang kesalahan atau ingin berkongsi sesuatu tentang topik ini.* Sekian ~

No comments:

Post a Comment