
First time tengok Transformers pertama tu memang dah terpukau. Rasa macam nak jadi ahli Decepticon jer yang starscream tu. Dalam siri pertama ia menceritakan tentang asal usul Transformers yang sudah bertahun-tahun lamanya berada dibumi dan terdapat seorang ahli autobot yang terkorban dalam melindungi AllSpark dan Samuel Witwiky.

Dalam siri yang kedua pula iaitu Transformers: Revenge Of The Fallen ia mengisahkan tentang 7 Prime yang berada dibumi suatu ketika melindungi The Matrix sehingga lah salah satunya bernama Fallen belot dan menjadi ahli Decepticon untuk memiliki The Matrix untuk menghidupkan Sun Haverster untuk memusnahkan matahari dan bumi. Dalam siri ini kita dapat tengok Optimus terkorban semasa melindungi Sam tapi dihidupkan semula dengan Matrix dan mengambil sebahagian part Jetfire untuk bertarung dengan Fallen dan Megatron sebelum memusnahkan matahari.
Macam mana pula yang ketiga ??? o'ou ~ adakah lebih banyak decepticon dan autobot dari cybertron datang kebumi untuk membalas dendam. Atau untuk memusnahkan bulan dan ada kumpulan musuh atau ahli yang lain. Nie lah yang Faiz nak sangat tengok Transformers yang ketiga nie. Jiwa Faiz tidak tenteram selepas tengok trailer movie nie. Rasa macam nak menagis pun ade. Kenapa lah x buat awal-awal tahun filem nie. Da bulan tujuh baru nk dikeluarkan. HUH?! kene sabar je lah. Kalau terlalu memikirkan PMR sampai lupa kehidupan tak boleh jugak tapi kalau asyik layan jer kehidupan sampai lupa tanggungjawab sebagai pelajar tak boleh jugak. Nampaknya Faiz kena buat jadual laa yer and maybe Faiz akan tetap kan satu masa yang tidak menggangu Faiz dalam pembelajaran untuk tengok filem nie. :'(
Transformers: Dark Of The Moon
No comments:
Post a Comment